Friday, August 5, 2011

Ramadhan di Palestin A2G2


Bersama Misi ke Gaza dalam bulan Ramadhan

Aqsa Syarif, NGO peneraju hal-ehwal Palestin di Malaysia, akan menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 20-28 Ogos ini. Misi ini dinamakan Aqsa2Gaza2 (A2G2), merupakan susulan kejayaan misi yang pertama iaitu "Break the Siege" (A2G). Bebebrapa matlamat misi kali ini adalah:
  • Penerusan projek yg dikenalpasti; kilang roti, ternak lembu, iftar,
  • Pembiyaan keluarga miskin dan anak yatim
  • Rose2rose, dari wanita utk wanita, iaitu penubuhan pusat komuniti utk pembangunan wanita.
  • Menghantar 1000 beg sekolah bersama alat tulis. RM100 satu beg.
  • Tabung micro-credit utk usahawan sana.

Kenapa perlu tolong Palestin?

Segala bentuk bantuan terhadap Palestin adalah untuk matlamat yang satu, iaitu membebaskan Masjid Al-Aqsa, tanah suci yang ketiga. Sama ada kita sumbang beg, buat kilang roti, taja anak yatim, dll, semuanya adalah untuk memperkasakan saudara kita di sana utk berjuang mendapatkan kembali tanah suci. Maka adalah wajib utk kita bersama mereka dgn menghulurkan bantuan semaksima yang mungkin. Membebaskan tanah suci, tanggungjawab siapa? Perihal tanah suci, adakah kita akan terlepas dari ditanya di padang mahsyar kelak?


Bagaimana nak membantu?
  • Kemaskan pakaian, ucapkan selamat tinggal pada keluarga dan ayuh ke Palestin, atau
  • Wakilkan diri tuan/puan dgn sumbangan, apatah lagi dlm bulan Ramadhan ini. Berapakah sumbangan? Berapa sahaja pun boleh. At least kita ada jawapan apabila Allah tanya 'apa yg kita dah buat utk bebaskan tanah suci'
  • Salurkan ke Aqsa Syarif Berhad. Maybank 5515 7500 4299 dan inform account@aqsasyarif.com bila dah transfer utk recording.


Further info:

• Lampiran brosur dan keratan akhbar

• Facebook: aqsa syarif berhad

• Web: www.aqsasyarif.org.my

• A2G2 blog: http://aqsa2gaza2.blogspot.com/