Wednesday, July 28, 2010

Ceramah Palestin di Muar


Sekalung penghargaan kepada ahli IKRAM Muar kerana telah membantu Aqsa Syarif mengadakan ceramah mengenai Palestin pada 23/7/10 di dua buah sekolah:


Sekolah Tengku Mahmud Iskandar, Ledang.


Majlis dihadiri oleh kira-kira 1,600 orang pelajar & guru-guru. Kelihatan para hadirin sedang memberikan tumpuan kepada ceramah yang disampaikan oleh Ust. Hasanuddin. Tahniah kepada tuan penceramah kerana berjaya menyampaikan ceramahnya dengan berkesan hingga ada hadirin yang mengalirkan air mata. Kutipan derma sebanyak RM1992.90 diterima dan jualan barangan adalah sebanyak RM687.00


Saujana mata memandang…….




Sekolah Menengah Maahad, Muar.


Majlis dihadiri oleh kira-kira 500 orang pelajar & guru-guru. Ceramah dari tuan penceramah amat berkesan hingga ada pendengar yang mengalirkan air mata. Derma yang diterima adalah sebanyak RM1,566.55. Barangan yang dijual adalah sebanyak RM470.00. Semuga amal soleh dari ahli IKRAM Muar & pasukan penceramah diterima Allah.



Ceramah Palestin di Felda Taib Andak, Kulaijaya


Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 24 Julai 2010 Belai 4B Felda Taib Andak telah menjemput IKRAM Kulaijaya untuk menganjurkan program Ceramah Semarak Ramadhan dan dan Palestin di Felda Taib Andak, Kulaijaya, Johor.


Untuk memenuhi jemputan tersebut IKRAM Kulaijaya telah bekerjasama dengan Aqsa Syarif untuk mengadakan ceramah dan gerai jualan pengutipan dana perjuangan Palestin. Ceramah telah disampaikan oleh Ust Dr Aminuddin Ruskam.


Turut serta dalam majlis tersebut ialah Ketua Kampung Felda Taib Andak, Tn Hj Hanafiah.


Pameran Palestin di Sekolah Dato' Usman Awang, Tmn Perling

Pameran Palestin telah di buat di SMK Dato’ Usman Awang pada Sabtu, 24 Julai 2010 dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pameran dibuat bersempena dengan Majlis Sambutan Ulangtahun Sedekad sekolah tersebut.

Bersempena dengan pameran itu Aqsa Syarif juga telah membuka gerai jualan amal untuk mengutip dana perjuangan Palestin. Terimakasih kepada Cikgu Mohd Hairul Akmal di atas inisiatif memungkain pameran dan jualan dilakukan.

Laporan Ringkas Program Palestin Pontian

Ceramah PALESTIN telah diadakan di Masjid Benut, Pontian pada 16 Julai 2010, bermula 9 malam. Penceramah pada malam tersebut ialah Cikgu Amran bin Rahmat. Seramai 100 orang telah mendengar ceramah isu Israk Mikraj dan kaitannya dengan Palestin.

Jualan amal dan kutipan derma telah dilakukan. Kutipan jualan sebanyak RM 633.95 manakala kutipan derma sebanyak RM 426.05.

Ceramah isu Palestin juga telah dilaksanakan di Masjid Kampung Jawa, Ayer Baloi Pontian. Kutipan derma bernilai RM 357.00.

Gerai & Pameran di Tmn Universiti, Skudai


Aqsa Syarif cawangan Johor Bahru Tengah telah membuka gerai dan pameran di program Malam Kesenian Islam anjuran PERWANIN (Pesatuan Wanita Prihatin Johor Bahru) bertempat di Dewan Taman University, Skudai Johor dari jam 2 petang Sabtu, 17 Julai hingga 12 tengah malam.


Antara yang telah bersama menjaga gerai adalah Dr Mat Hussin Yunan yg merupakan wakil Aqsa Syarif cawangan Johor Bahru Tengah berserta 2 orang anaknya dan petugas-petugas lain termasuk Dr Khairul Sozana bersama suami dan anak dan juga Sdr Khairudin Ahmad.


AQSA SYARIF telah dijemput untuk membuka gerai jualan dan pameran Palestin sahaja. Hasil jualan sebanyak RM 1438.80 dan derma RM 53.90. Untk makluman, pihak penganjur telah membuat kutipan Palestin dan disalurkan melalui tabung Amal Malaysia.

Saturday, July 24, 2010

Ceramah Ust Hasan di Sri Medan, Batu Pahat

Ceramah Ustaz Hasanuddin pada hari (Sabtu, 24 Julai 2010) ialah di Masjid Jamek, Kampung Parit Lapis Bangas, Sri Medan, Batu Pahat, Johor, mula 8.45 malam.

Pengumuman sebelum ini iaitu ceramah di Masjid Sultan Ismail, Bandar Pengaram, Batu Pahat tidak dapat dilaksanakan akibat sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Wednesday, July 21, 2010

Sepuluh Bunga Hidup Bahagia

Selain melaksanakan peritah Allah yg fardhu, berikut disenaraikan 10 aktiviti yang boleh menghasilkan hati yang bahagia:
  1. Bangun di saat menjelang fajar utk beristighfar
  2. Menyendiri untuk bertafakur
  3. Menjalin hubungan dgn org salih
  4. Berzikir
  5. Melakukan solat 2 rakaat dgn kyusu'
  6. Membaca Al-Quran dgn memahami maksudnya
  7. Berpuasa
  8. Melakukan sadakah secara sembunyi-sembunyi
  9. Meringankan beban seorang muslim
  10. Berlaku zuhud terhadap sesuatu yang sifatnya fana.
Sumber: La Tahzan, Dr 'Aidh al-Qarni

Tuesday, July 20, 2010

Perjuangan mesti diteruskan

Rakyat Palestin begitu teruk ditidas. Makanan tiada. Kemudahan hidup musnah. Sumber rezeki tertutup. Peluang pendidikan terbatas. Mereka terus dibelengu oleh kekejaman Yahudi Zeonis.

Jangan ditanya apa yg orang lain sudah buat. Berusahalah apa yang aku boleh buat. Kerana Allah akan mengira amal mu. Ikhlaskan hati dan tingkatkan usaha. Allah mengurniakan kita peluang. Jika pun tidak mampu berjihad di bumi Palestin, usahakanlah dgn cara tersendiri.

Yang berceramah terus berceramah tanpa jemu dan letih. Dgn azam sentiasa mencari keredaan Allah ceruk pelusuk kampung, pekan dan bandar mereka menjelajah. Penerangan kekejaman Yahudi Zeonis, kesengsaraan saudara kita di bumi Palestin terus disebarkan. Setiap peluang tidak dihampakan.

Bagi yang mengutip dana Palestin terus berusaha tanpa jemu. Setiap saat mencari peluang meningkatkan dana walau pun hanya 10 sen. Walau badan letih dimamah usia, siang dan malam fikiran dan tenaganya diabdikan mencari sumber dana Palestin.

Yang menulis isu Palestin teruskan menulis agar mudah difahami. Yang mereka poster teruskan mereka yang terbaik, agar mudah dihayati. Yang ber sms, facebook, email, cerita kedai kopi, mengajar murid di kelas, malah apa jua kedudukan anda, berperananlah membantu Palestin.

Setidak-tidaknya, jika tidak mampu berjihad dgn tenaga, atau tidak mampu berkata-kata, atau tidak berharta, atau pupus segala idea, maka pujuklah hati mu untuk menghasihani Palestin dan membenci Yahudi Zeonis. Jikapun itulah selemah-lemah usaha yang anda mampu lakukan untuk menjawap di hadapan Allah nanti.


Friday, July 16, 2010

Bom Demografi Al-Quds

Cita-cita regim Zeonis ialah menjadikan kota al-Quds (juga dipanggil Baitul Maqdis dan kini digelar Jerusalem) sebagai "Arab-free-zone". Mereka berusaha menghapuskan kependudukan rakyat Palestin melalui pengecutan saiz demografi. Rakyat Palestin diusir keluar dari Baitul Maqdis, rumah-rumah mereka dirobohkan, perlucutan warganegara dan 1001 teknik lain.

Kad pengenalan dirampas, lalu jika penduduk Palestin gagal menunjukkan kad pengenalan, mereka akan diusir dari bandar Baitul Maqdis. Sesiapa yang mahu keluar negara mestilah mendapat visa masuk semula. Jika tidak, mereka kehilangan hak masuk kembali. Mereka yang memohon menetap di negara lain akan hilang hak menetap di Baitul Maqdis. Mereka yang tinggal di luar negara lebih 7 tahun hilang hak menetap di Baitul Maqdis. Sesiapa yang mengkahwini orang Palestin dari Tebing Barat, Gaza atau pun luar negara tidak dibenarkan untuk tinggal di Baitul Maqdis. Anak-anak hanya boleh didaftarkan sebagai penetap Baitul Maqdis jika bapa mereka adalah pemegang kad pengenalan Baitul Maqdis.

Rakyat Palestin pula telah mengerakkan usaha yang kreatif untuk menyelamatkan kota suci ini terus diYahudikan. Mereka telah melancarkan Bom Demografi. Ia bukanlah bom dalam erti kata yg sebenar, sebaliknya merupakan satu program pertambahan demografi penduduk Palestin di bumi Baitul Maqdis. Kempen program ini menghasilkan suasana di mana rata-rata keluarga Palestin mempunyai 10-12 orang anak.

Ketika seorang ibu Palestin berumur bawah 40 tahun ingin mendaftarkan anaknya yang ke 16, berkata seorang pegawai Yahudi Zeonis yang bertugas:
"Bagaimana kamu orang Palestin boleh beranak sebegini ramai? ".

Lalu dijawab si ibu muda:
"Kami akan terus melahirkan anak sehingga kami akan menjadi majoriti semula dan menghalau kamu dari bumi al-Quds".

Bagai mana ibu akan terus menyara anak-anaknya jika si ayah syahid fi sabilillah. Mampukah anak-anak terus hidup tanpa bantuan? Apakah nasib keluarga seramai 16 orang jika si ayah tersiksa dipenjara Zeonis? Mampukah mereka terus hidup dan membesar dengan sempurna? Ayuh, mari kita bantu mereka.

Rujukan: Al-Aqsa Dalam Bahaya, Mazlee Malik, 2006. JIM Media, Kuala Lumpur.


Thursday, July 15, 2010

Borang Penajaan Online

Mereka yang berminat untuk menaja anak yatim atau keluarga miskin boleh menggunakan borang online yang disediakan oleh Aqsa Syarif. Semua maklumat akan dimasukkan terus ke dalam sistem maklumat Aqsa Syarif. Terima kasih kepada team IT Aqsa Syarif.

http://aqsasyarif.com/penaja/

Namun, jika permohonan dibuat menggunakan borang yang lama, ia juga masih tetap diterima.


Monday, July 12, 2010

Pameran Palestin di Mesyuarat Perwakilan UMNO JB

Aqsa Syarif telah dijemput untuk membuat pameran Palestin sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru pada 11 Julai 2010 (Ahad) bertempat di Dewan Kampung Sulaiman Menteri, Majidee Baru, Johor Bahru. Pameran dan jualan dimulakan seawal 8.15 pagi dan tamat sehingga 6.00 petang.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato' Haji Abdul Ghani Othman. Datuk Shahrir Abd Samad, selaku ketua UMNO cawangan Johor Bahru juga turut hadir.

Sebanyak RM1,336.00 nilai jualan berjaya dikutip dan derma Palestin sebanyak RM166.00.

Pada majlis yang berlainan, Aqsa Syarif telah juga dijemput untuk membuat pameran dan jualan amal di majlis Perhimpunan PASTI kawasan Gelang Patah. Majlis diadakan di Stadium Mini MBJBT, Tmn Tun Aminah, Skudai, Johor. Nilai jualan RM983.00 dan kutipan derma Palestin RM119.30.

Terimakasih kepada kedua-dua pihak yang telah bermurah hati memberi peluang Aqsa Syarif membuat pameran dan pembukaan gerai Palestin.



Ceramah Palestin di UTM


Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Aqsa Syarif telah menganjurkan ceramah Palestin pada 10 Julai 2010 9 (Sabtu), 7.30-8.45 malam bertempat di masjid UTM Skudai.

Ceramah dianjur bersempena Minggu Transformasi Mahasiswa iatu minggu pelajar baru menyesuaikan diri di UTM. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Dr Aminuddin Ruskam.

Aqsa Syarif juga telah mengadakan pameran Palestin dan jualan amal di bahagian foyer masjid. Sambutan pelajar amat menggalakan. Kutipan jualan bernilai RM2,966.20 dan kutipan derma pula sebanyak RM580.10.

Ceramah Palestin di Majid Sungai Danga, JB


Syukur Alhamdulillah pada 9.7.2010 (Jumaat) yang lepas, IKRAM Bandaraya JB telah dijemput untuk memenuhi tuntutan dakwah ammah iaitu dengan memberikan ceramah sempena Isra' & Mikraj di Masjid Danga, Johor Bahru.

Ceramah telah disampaikan oleh penceramah Aqsa Syarif, Ustaz Rofazlin. Beliau telah menerangkan kaitan antara perjuangan membebaskan bumi Palestine dari cengkaman Yahudi dgn peristiwa Isra' & Mikraj…

Pihak Aqsa Syarif telah mengadakan jualan. Jumlah nilai jualan pada malam itu adalah sebanyak RM474.30.

Pihak Masjid juga telah membuat sumbangan untuk Tabung Palestin sebanyak RM120.00.

Lapuran Ceramah di Pontian


Pada 9 Julai 2010 (Jumaat) jam 7.30 -9.30 pagi ceramah tentang Israk Mikraj - Palestine telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjung, Benut, Pontian. Alhamdulillah sambutan pelajar dan guru amat baik. Jumlah kutipan tabung RM542.00. Ceramah telah disampaikan oleh Cikgu Amran yang juga Pengerusi Aqsa Syarif daerah Pontian.

Pada malam hari yang sama 9.00 -11.00 malam ceramah Palestin telah diadakan di Majid kampung Jawa, Pontian, Johor. Program ini juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Jumlah kutipan tabung Aqsa Syarif sebanyak RM376.00. Ceramah di sampaikan oleh Ustaz Suhaimi Jari.

Wednesday, July 7, 2010

Mc Donald oh Mc Donald


Kenapa mama beli kurma Aqsa Syarif
Sebab keuntungannya digunakan utk membantu rakyat Palestin nak

Kenapa nak kena bantu org Palestin mama?
Mereka saudara se Islam kita sayang. Mereka disiksa dgn kejam oleh Zeonis, tanah mereka dirampas, rumah mereka kena bom, ayah dan ibu mereka ramai yang mati dibunuh.

Habis, mereka duduk dgn sapa?
Dgn sesiapa yg sayangkan mereka. Orang yang sayangkan mereka pun tak ada rumah yang betul. Rumahnya kena bom. Musnah. Nak buat baru tak ada duit. Kalau ada duit, barang pulak tak ada. Zeonis tak bagi bawa masuk besi dan simen ke Gaza.

Masuk la ikut jalan yg Zeonis tak de mama
Semua dah dikepung anak ku. Zeonis bina tembok konkrit besar dan dalam. Orang Gaza terpenjara dalam negeri mereka sendiri. Nak kerja tak ada kerja. Nak makan tak ada makanan.

Lama ke kena penjara mama
Dah 4 tahun nak

Ya Allah tak mati ke?
Allah maha kaya sayang. Kitalah kena bantu mereka. Hantar duit belikan makanan, pakaian, ubat-ubatan, belikan khemah. Mama dan Papa taip-tiap bulan dapat gaji. Mereka tak ada duit macam kita.

Macaman Zeonis dapat duit banyak mama?
Kawan-kawan mereka jual barang. Dapat untung bagi Zeonis.

Barang apa mereka jual?
Macam-macam. Coca-cola, Mc Donald, Nestle dan banyak lagi.

Oh noo!! Adik janji tak makan Mc Donald seumur hidup. Adik tak nak bunuh saudara kita di Palestin. Tak relaaaaaa.

Tempahan Ceramah @ Gerai Aqsa Syarif

Sebarang tempahan ceramah isu Palestin atau permohonan pembukaan gerai Aqsa Syarif sekitar negeri Johor boleh diajukan kepada:



Prof Madya Dr.
Abdull Rahim Mohd Yusoff
Pengerusi Aqsa Syarif Johor

HP: 013 730 0225
Email: rahimyusoff61@yahoo.com


Pengembaraan Ust Hasanuddin Mohd Yunus


Ust Hasanuddin Mohd Yunus (Pengerusi Aqsa Syarif) akan meneruskan misi menerangkan isu perjuangan membebaskan Palestin kepada umat Islam. Setelah menjelajah hampir ke seluruh bumi semenanjung, Ust Hasanuddin akan memulakan pengembaraannya ke Sarawak, Brunei dan Singapura.

Pengembaraannya bermula pada 7 Julai 2010 (Selasa) dan akan tamat pada 19 Julai 2010.

Destinasi pertamanya ialah Kuching diikuti Bintulu, Miri, Brunei dan kemudian berakhir dengan Singapura. Jadual program sepanjang pengembaraan ini boleh dilihat sebahagiannya di facebook Aqsa Syarif di bawah Events.

Kita mendoakan Ust Hasanuddin sentiasa dilindungi Allah, selamat sepanjang perjalanan dan dikurniakan Allah kesihatan yang baik.


Tuesday, July 6, 2010

Kenali Dr Hafizi Mohd Nor

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor berusia 49 tahun berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan kini menetap di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Berkelulusan PhD Zoology (University of Aberdeen, Scotland) dan kini bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Berkahwin dengan Hajjah Zuraidah Kornain dan dikurniakan tiga orang cahayamata.

Beliau merupakan pendakwah dan aktivis kemasyarakatan sejak masih menuntut di universiti sehinggalah hari ini. Antara jawatan yang pernah dan sedang disandang oleh beliau ialah Pengerusi JIM INTERNATIONAL (1999 – 2000), Setiausaha Agong JIM (2001 – 2003), Mantan Naib Presiden JIM (2004 – 2005) dan Pengarah PACE (Palestine Centre of Excellence). Beliau juga sering menjadi tetamu Jemputan dan wawancara (TV/Akhbar Harian/Majalah), Radio IKIM (Ruangan Duniaku Buku dan Slot Fast-2-Fund untuk Palestin), Media Prima: TV3 (Buletin Utama), Astro Awani dan aktif menulis dalam Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, Majalah i, Majalah ANIS, Majalah Ummi.

Selain dari itu, beliau juga sering dijemput untuk mengendalikan kursus-kursus motivasi belajar dan persediaan menghadapi peperiksaan di sekolah-sekolah. Beliau juga menyampaikan kuliah bulanan mengenai Sejarah Islam di Nusantara di Masjid Negeri Shah Alam dan beberapa buah masjid dan institusi di sekitar Kuala Lembah Kelang.

Kasihnya Pada Palestin

Kasihnya pada Palestin memang tidak terungkap oleh kata-kata. Beliau begitu komited dalam memperjuang isu Palestin secara aktif semenjak tahun 1999. Tanpa penat lelah. Ketika sihat dan sakit. Beliau secara berterusan berceramah di surau, masjid, pejabat, kilang, sekolah, jabatan dan institusi kerajaan.

Program kecil atau besar, selagi ia atas nama Palestine, dia akan berdiri penuh bersemangat memberikan pengisian dan perkongsian. Tidak sedikit program kecil dan besar yang beliau sertai. Cukuplah disenarai beberapa program diantara banyak program yang melibatkan beliau.

Antaranya program Nakbah dengan Kerajaan Negeri Kedah pada bulan Jun 2008, Program bersama Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Perlis pada bulan Julai 2008 dan Forum al Quds anjuran gabungan NGO Indonesia di Jakarta pada bulan Ogos 2008.

Selain dari isu palestin, keprihatinannya terhadap keadaan umat Islam memang tidak pernah disembunyikannya. Beliau pernah mengulas dan menjadi ahli panel isu-isu antarabangsa Umat Islam – Kempen Bantah Serangan Afghanistan dan Kempen Anti Perang Iraq.

Beliau juga tidak melepaskan kesempatan untuk bersama dalam misi-misi kemanusiaan, antaranya:

Menyertai misi kemanusiaan ke Mindanao (pasca perang tahun 2001) - melawat kem-kem pelarian umat Islam di Cotabatu dan Maguindanao.
Mengetuai misi kemanusiaan ke Maluku ketika berlaku rusuhan RMS (Republik Maluku Selatan) dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Maluku (2000).
Mengetuai misi Kasih Aceh pasca tsunami pada tahun 2005 di bawah anjuran JIM-PKS (Indonesia).

Rindunya Pada Kegemilangan Ummah dan Islam

Rindunya pada kegemilangan ummah dan Islam sering dilontarkan dalam penulisan dalam forum maya atau media cetak. Beliau bukan sahaja berkongsi ilmu malah mendidik masyarakat melalui penulisannya. Antara buku-buku penulisan beliau ialah:

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang
Panel Penulis Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (DBP)
Panel Penulis Ensaiklopedia Sains untuk pelajar (DBP)
Israel: Kenapa Dunia Tidak Boleh Mengiktirafnya (JIMedia)
Berdamai Dengan Israel Berapa Harganya? (JIMedia)
Dalang di Palestin: Hamas atau Israel? (JIMedia & PACE)
Jejak Risalah di Nusantara 1: Dari Pra Islam Hingga Era Admiral Muhammad Cheng Ho (JIMedia)
Lambaian Kaabah (Penulisan bersama isteri Zuraidah Kornain) (JIMedia)
Air Mata Gaza (Penulisan bersama dengan Ustaz Maszlee & Ir Megat Sharifuddin) (JIMedia & PACE)

Monday, July 5, 2010

Kalender Aktiviti Aqsa Syarif Johor

Lapuran Larian Amal Gaza Part 2

Pada hari Ahad, 4/7/10, pameran dan gerai Aqsa Syarif sempena Larian Amal Untuk Gaza di sambung semula.

Lebih ramai sukarelawan telah datang membantu termasuklah remaja-remaja yang pulang bercuti dari pengajian di luar negara.

Pada hari kedua sahaja nilai jualan barangan Aqsa Syarif melebihi RM 5,000.00. Kutipan derma pula sebanyak RM 3179.00 + SD20.20.00.

Jumlah derma keseluruhan hari pertama dan kedua (3 & 4 Julai 2010) berjumlah RM 5,303 + SD 133.20 + 100,000 rupiah. Jumlah jualan pula melebihi RM 12,000.00.

Terimakasih kepada semua sukarelawan yang bersama membantu menjayakan projek amal Aqsa Syarif ini. Semoga ianya akan menjadi amal soleh yang diterima Allah swt.

Berikut beberapa gambar suasana di hari ke dua.


Masyarakat dapat memahami dan lebih mendekati isu Palestin
melalui pameran poster dan tayangan video.

Para pengunjung tidak melepaskan peluang memahami isu Palestin.
.
Setiap pengunjung yang datang dilayan oleh sukarelawan dengan baik.
Ini menjadi antara faktor kejayaan pameran dan jualan barangan Aqsa Syarif.
Haji Tahir menerangkan projek pembayaan anak yatim dan org miskin Palestin.

Semangat sukarelawan dan kemesraan mereka memudahkan
orang ramai mendekati gerai Aqsa Syarif.

Aqsa Syarif menghargai setiap pengunjung yang datang.
Saif Jamaludin sedang memberi penerangan berkaitan produk
Aqsa Syarif kepada seorang pengunjung.

Saturday, July 3, 2010

Lapuran Larian Amal Gaza Part 1



Larian Amal Untuk Gaza telah selesai dilaksanakan pagi tadi, Sabtu, 3 Julai 2010. Program anjuran bersama Parlimen Johor Bahru, Uda Holdings dan Utusan Malayisa ini bermula seawal jam 7.30 pagi dan selesai jam 10.00 pagi.

Aqsa Syarif telah dijemput sama untuk menjayakan program ini. Ustaz Hasanuddin telah memberikan ceramahnay sebelum larian dimulakan. Gerai jualan dan pamiran juga di buat. Bermula jam 7.30 pagi gerai Aqsa Syarif dibuka di tapak program sehingga jam 10 pagi.


Jualan dan pameran pula disambung di dalam bangunan Plaza Angsana dari 10 pagi hingga 10 malam. Di samping gerai jualan produk Aqsa Syarif, pameran dan tabung kutipan derma juga disediakan.

Coklat Aqsa Syarif adalah produk terlaris, diikuti TShirt dan kurma. Sebanyak RM 6,559.00 nilai jualan telah diberjaya dikutip pada hari pertama ini. Jumlah kutipan derma pula ialah RM 2,124.00, SD113.00 dan Rupiah 100,000.00.

Aqsa Syarif akan meneruskan gerai jualan dan pameran di hari ke dua, Ahad, 4 Juali 2010.

Terimakasih kepada barisan pemuda-pemuda kental Lokman Abdul Rashid, Esam Hamidon, Saif Jamaluddin, Huzaifah Mohd Nor, Anas Zanzali, Zaid Zakaria dan lain-lain.



Friday, July 2, 2010

Aqsa Syarif di Larian Untuk Gaza

Program Larian Untuk Gaza akan diadakan pada hari Sabtu, 3 Julai 2010 bertempat di Plaza Angsana Johor Bahru (gambar). Larian amal ini akan dimulakan pada jam 7.30 pagi.

Aqsa Syarif telah dijemput untuk sama-sama menyertai larian ini. Ustaz Hasanauddin Mohd Yunus (pengerusi Aqsa Sayrif) telah diberi penghormatan untuk membuat ucapan sebelum larian dibuat. Beliau yang mempunyai jadual yang padat dijangka akan bertolak ke JB pada malam sebelumnya dari ibupejabat Aqsa Syarif di Kajang, Selangor. Selepas ucapan tersebut, beliau akan ke Kuala Lumpur untuk mempengerusikan mesyuarat lembaga Aqsa Syarif pada jam 2 petang.

Di samping larian, pihak penganjur juga telah menyediakan gerai percuma untuk Aqsa Syarif membuka gerai pameran dan jualan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad (3-4 Julai 2010) bertempat di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Seramai 30 orang pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah akan mewakili Aqsa Syarif di dalam larian ini. Sementara gerai jualan dan pameran pula akan dikendalikan oleh ahli IKRAM sekitar Johor Bahru.

Aqsa Syarif telah menyediakan berbagai barangan berjenama Aqsa Syarif untuk jualan. Antara barangan tersebut termasuklah TShirt, topi, pen, buku nota, key-chain, kurma dan coklat. Sebanyak lebih 3,000 batang coklat telah disediakan untuk jualan pada hari tersebut.

Aqsa Syarif mengajak orang ramai datang ke Plaza Angsana untuk membeli sambil menderma. Sokonglah perjuangan Palestin. Mereka adalah sebahagian dari keluarga kita.