Saturday, July 3, 2010

Lapuran Larian Amal Gaza Part 1



Larian Amal Untuk Gaza telah selesai dilaksanakan pagi tadi, Sabtu, 3 Julai 2010. Program anjuran bersama Parlimen Johor Bahru, Uda Holdings dan Utusan Malayisa ini bermula seawal jam 7.30 pagi dan selesai jam 10.00 pagi.

Aqsa Syarif telah dijemput sama untuk menjayakan program ini. Ustaz Hasanuddin telah memberikan ceramahnay sebelum larian dimulakan. Gerai jualan dan pamiran juga di buat. Bermula jam 7.30 pagi gerai Aqsa Syarif dibuka di tapak program sehingga jam 10 pagi.


Jualan dan pameran pula disambung di dalam bangunan Plaza Angsana dari 10 pagi hingga 10 malam. Di samping gerai jualan produk Aqsa Syarif, pameran dan tabung kutipan derma juga disediakan.

Coklat Aqsa Syarif adalah produk terlaris, diikuti TShirt dan kurma. Sebanyak RM 6,559.00 nilai jualan telah diberjaya dikutip pada hari pertama ini. Jumlah kutipan derma pula ialah RM 2,124.00, SD113.00 dan Rupiah 100,000.00.

Aqsa Syarif akan meneruskan gerai jualan dan pameran di hari ke dua, Ahad, 4 Juali 2010.

Terimakasih kepada barisan pemuda-pemuda kental Lokman Abdul Rashid, Esam Hamidon, Saif Jamaluddin, Huzaifah Mohd Nor, Anas Zanzali, Zaid Zakaria dan lain-lain.



1 comment:

  1. Alhamdulillah syukur melihat sambutan yg sangat baik di booth Aqsa Syarif semasa menemani Huzaifah dan Nazifah membantu pak cik pak cik Ahmadon, Hamidon dan Dr Husin Yunan dan rakan rakan yg lain melayani pengunjung pd 330ptg-10mlm semalam.
    Pada ana larisnya jualan satu hal, tapi tak kurang pentingnya ialah usaha menimbulkan kesedaran dan mendapatkan sokongan masyarakat umum terhadap perjuangan Palestin dan Al Aqsa.

    Dengar khabar UDA nak bagi free booth dilokasi strategik didepan surau Angsana itu sebulan bulan Ramadhan ini. Bayangkan total jualannya nanti,kesedaran umum dan penglibatan ramai ahli IKRAM kita. Sama sama doakan. Allahukbar.

    ReplyDelete