Friday, July 2, 2010

Aqsa Syarif di Larian Untuk Gaza

Program Larian Untuk Gaza akan diadakan pada hari Sabtu, 3 Julai 2010 bertempat di Plaza Angsana Johor Bahru (gambar). Larian amal ini akan dimulakan pada jam 7.30 pagi.

Aqsa Syarif telah dijemput untuk sama-sama menyertai larian ini. Ustaz Hasanauddin Mohd Yunus (pengerusi Aqsa Sayrif) telah diberi penghormatan untuk membuat ucapan sebelum larian dibuat. Beliau yang mempunyai jadual yang padat dijangka akan bertolak ke JB pada malam sebelumnya dari ibupejabat Aqsa Syarif di Kajang, Selangor. Selepas ucapan tersebut, beliau akan ke Kuala Lumpur untuk mempengerusikan mesyuarat lembaga Aqsa Syarif pada jam 2 petang.

Di samping larian, pihak penganjur juga telah menyediakan gerai percuma untuk Aqsa Syarif membuka gerai pameran dan jualan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad (3-4 Julai 2010) bertempat di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Seramai 30 orang pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah akan mewakili Aqsa Syarif di dalam larian ini. Sementara gerai jualan dan pameran pula akan dikendalikan oleh ahli IKRAM sekitar Johor Bahru.

Aqsa Syarif telah menyediakan berbagai barangan berjenama Aqsa Syarif untuk jualan. Antara barangan tersebut termasuklah TShirt, topi, pen, buku nota, key-chain, kurma dan coklat. Sebanyak lebih 3,000 batang coklat telah disediakan untuk jualan pada hari tersebut.

Aqsa Syarif mengajak orang ramai datang ke Plaza Angsana untuk membeli sambil menderma. Sokonglah perjuangan Palestin. Mereka adalah sebahagian dari keluarga kita.

No comments:

Post a Comment