Tuesday, August 31, 2010

Ceramah Ust Hasanuddin di Malam BADAR Sekolah Hidayah Johor

Pada malam 28 Ogos 2010 bersamaan 18 Ramadhan 1431Hijrah, Ust Hasanuddin Mohd Yunus Pengerusi Aqsa Syarif Malaysia telah menyampaikan ceramah sempena sambutan Malam BADAR anjuran Sekolah Hidayah Johor Bahru



Thursday, August 19, 2010

BERSAMAMU PALESTIN TV3


BERSAMAMU PALESTIN, program kerjasama TV3 dan AQSA SYARIF akan bermula pada malam Rabu, 18/8/10 diikuti Rabu2 seterusnya, 25/8, 1/9 dan 8/9/10 di TV3.

Saturday, August 14, 2010

Bingkisan Ust Hasanuddin dari Beirut, Lubnan.

Assalamualaikum

Selepas AQSA SYARIF berjihad bersama Haluan Palestin dalam LL4G dalam kapal Marvi Marmara, bersyukur kepada Ilahi kerana ia benar2 meletup dan dunia celik mata tentang isu Gazza. Pemerintah, media dll tiada pilihan melainkan berebut2 bercakap pasal isu palestin. BERLUMBA2 UNTUK KEBAIKAN Semoga Allah memberi Hidayah kepada kita dan semuanya.

Tidak ketinggalan rakan2 NGO Palestin lain berebut2 ke Gaza. Tahniah...Tahniah.. dan Tahniah

Kini AQSA SYARIF sedang berdakwah bersama Faizal Tahir yang dilantik sebagai Duta Palestin di kalangan Media Prima. Kami berbangga penyanyi juga terherit dan merelakan diri untuk bersama perjuangan Palestin.

AQSA SYARIF juga akan terus maju meletupkan isu seterusnya, keperitan saudara2 kita semua di perkhemahan Palestin di Lubnan. Kajian menunjukkan keperitan mereka kadang2 lebih teruk di Gazza.

Ketika tiada serangan, Saudara2 di perkhemahan Lubnan lebih merana dari saudara kita di Gaza dan Tebing Barat sejak 62 tahun lalu

TV3 akan,bersama AQSA SYARIF serta Faizal tahir akan mewakili semua sahabat-sahabat dan pendakwah sekelian menceritakan isu ini di rancangan Bersamamu palestin .setiap Rabu malam 9.30 malam

Bersama-sama mengisi tabung kami Tabung AQSA SYARIF dan tabung-tabung NGO Palestin lain...

Wassalam

USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
Pengerusi AQSA SYARIF

Friday, August 13, 2010

Program Tabung Ramadan 1431H Aqsa Syarif

Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru dengan kerjasama Aqsa Syarif Bandaraya Johor Bahru mengadakan program Tabung Ramadan Palestin yang melibatkan semua pelajar. Para pelajar akan menerima 1 tabung berpelekat Aqsa Syarif dan mereka akan menyumbang sepanjang bulan Ramadhan ini sehingga 22 Ramadhan 1431H bersamaan 1 September 2010.

Di antara objektif Tabung ini ialah :

1. Melatih para pelajar menginfaqkan tenaga, harta,wang ringgit di jalan Alah.

2. Menyuburkan rasa peduli terhadap penderitaan ummat Islam di seluruh dunia khususnya bumi Palestin yang dijajah regim Zionis

3. Meningkatkan jati diri pelajar melalui aktiviti kemasyarakatan seperti mengumpul dana bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan

Semoga usaha ini diberkati Allah