Friday, August 13, 2010

Program Tabung Ramadan 1431H Aqsa Syarif

Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru dengan kerjasama Aqsa Syarif Bandaraya Johor Bahru mengadakan program Tabung Ramadan Palestin yang melibatkan semua pelajar. Para pelajar akan menerima 1 tabung berpelekat Aqsa Syarif dan mereka akan menyumbang sepanjang bulan Ramadhan ini sehingga 22 Ramadhan 1431H bersamaan 1 September 2010.

Di antara objektif Tabung ini ialah :

1. Melatih para pelajar menginfaqkan tenaga, harta,wang ringgit di jalan Alah.

2. Menyuburkan rasa peduli terhadap penderitaan ummat Islam di seluruh dunia khususnya bumi Palestin yang dijajah regim Zionis

3. Meningkatkan jati diri pelajar melalui aktiviti kemasyarakatan seperti mengumpul dana bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan

Semoga usaha ini diberkati Allah

No comments:

Post a Comment