Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

Tempahan Ceramah @ Gerai Aqsa Syarif

Sebarang tempahan ceramah isu Palestin atau permohonan pembukaan gerai Aqsa Syarif sekitar negeri Johor boleh diajukan kepada:



Prof Madya Dr.
Abdull Rahim Mohd Yusoff
Pengerusi Aqsa Syarif Johor

HP: 013 730 0225
Email: rahimyusoff61@yahoo.com


Pengembaraan Ust Hasanuddin Mohd Yunus


Ust Hasanuddin Mohd Yunus (Pengerusi Aqsa Syarif) akan meneruskan misi menerangkan isu perjuangan membebaskan Palestin kepada umat Islam. Setelah menjelajah hampir ke seluruh bumi semenanjung, Ust Hasanuddin akan memulakan pengembaraannya ke Sarawak, Brunei dan Singapura.

Pengembaraannya bermula pada 7 Julai 2010 (Selasa) dan akan tamat pada 19 Julai 2010.

Destinasi pertamanya ialah Kuching diikuti Bintulu, Miri, Brunei dan kemudian berakhir dengan Singapura. Jadual program sepanjang pengembaraan ini boleh dilihat sebahagiannya di facebook Aqsa Syarif di bawah Events.

Kita mendoakan Ust Hasanuddin sentiasa dilindungi Allah, selamat sepanjang perjalanan dan dikurniakan Allah kesihatan yang baik.


Friday, July 2, 2010

Aqsa Syarif di Larian Untuk Gaza

Program Larian Untuk Gaza akan diadakan pada hari Sabtu, 3 Julai 2010 bertempat di Plaza Angsana Johor Bahru (gambar). Larian amal ini akan dimulakan pada jam 7.30 pagi.

Aqsa Syarif telah dijemput untuk sama-sama menyertai larian ini. Ustaz Hasanauddin Mohd Yunus (pengerusi Aqsa Sayrif) telah diberi penghormatan untuk membuat ucapan sebelum larian dibuat. Beliau yang mempunyai jadual yang padat dijangka akan bertolak ke JB pada malam sebelumnya dari ibupejabat Aqsa Syarif di Kajang, Selangor. Selepas ucapan tersebut, beliau akan ke Kuala Lumpur untuk mempengerusikan mesyuarat lembaga Aqsa Syarif pada jam 2 petang.

Di samping larian, pihak penganjur juga telah menyediakan gerai percuma untuk Aqsa Syarif membuka gerai pameran dan jualan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad (3-4 Julai 2010) bertempat di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Seramai 30 orang pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah akan mewakili Aqsa Syarif di dalam larian ini. Sementara gerai jualan dan pameran pula akan dikendalikan oleh ahli IKRAM sekitar Johor Bahru.

Aqsa Syarif telah menyediakan berbagai barangan berjenama Aqsa Syarif untuk jualan. Antara barangan tersebut termasuklah TShirt, topi, pen, buku nota, key-chain, kurma dan coklat. Sebanyak lebih 3,000 batang coklat telah disediakan untuk jualan pada hari tersebut.

Aqsa Syarif mengajak orang ramai datang ke Plaza Angsana untuk membeli sambil menderma. Sokonglah perjuangan Palestin. Mereka adalah sebahagian dari keluarga kita.

Wednesday, June 23, 2010

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog Aqsa Syarif Johor.

Blog ini disediakan untuk perkongsian maklumat berkaitan aktiviti Aqsa Syarif di seluruh negeri Johor. Semoga dengan perkongsian ini akan membolehkan kita semua mengetahui perkembangan semasa dan mendapat maklumat terkini Aqsa Syarif khususnya di negeri Johor dan seluruh Malaysia amnya.

Semoga Allah memberkati usaha kita bersama dalam perjuangan membebaskan masjid Al-Aqsa dari cengkaman Zionis.

Wassalam