Wednesday, June 23, 2010

Dialog "TRAGEDI MAVI MARMARA" di UTM


Alhamdulillah "Program Diskusi Mavi Marmara Bersama Wira Negara" baru sahaja selesai dijalankan di Dewan Senat, UTM Skudai.

Program turut dihadiri oleh TNC(A) Prof. Dr. Azraai Kassim, Pendaftar UTM, En Wan Mohd Zawawi Wan Abdul Rahman, Pengarah Hal Ehwal Koprat, Prof. Azlan Abdul Rahman serta pegawai2 kanan lain.

Tiga orang wira Mavi Marmara yang hadir adalah Ustaz Hasanuddin, Dr. Arba'ai dan Dr Syed Haleem.

Walaupun ramai yang bercuti (boleh di lihat dari bilangan kenderaan yang parking di Fakulti semenjak minggu lepas lagi yang lengang), Alhamdulillah program mendapat sambutan dan Dewan Senat hampir penuh.

Majlis bermula jam 9.30 pagi, para hadirin telah diberikan penerangan lengkap pengalaman yang dilalui oleh para wira Mavi Marmara serta saranan umat di Malaysia ini tentang tanggungjawab kita kepada umat Palestin.

Beberapa cadangan bernas bagaimana kita boleh membantu umat Palsetin juga telah lahir dari perbincangan tersebut. Antara yang paling menarik adalah sumbangan kepada Tabung Anak Yatim dan Keluarga Miskin melalui skim potongan gaji.

Beberapa Badan dan Pertubuhan dalam UTM sempat memberikan sedikit sumbangan kepada AQSA SYARIF dan HALUAN Palestin. Badan2 tersebut adalah;

Persatuan Kakitangan Akademik UTM RM 2,000.00
Badan Kebajikan Staf (BAKES) RM 500.00
WANGI RM 1,000.00
Persatuan Kakitangan Bukan Akademik (PEKABA) RM 500.00
Kesatuan Kakitangan Am (KKA) RM 500.00
Sumbangan dalam tabung edaran RM 2,000.00

JUMLAH BESAR RM 6,500.00

Kita telah berjanji akan memberikan sumbangan ini secara rata antara AQSA SYARIF dan HALUAN Palestin.

Wassalam,

ARMY
Pengerusi AQSA SYARIF Johor
16 Jun 2010

No comments:

Post a Comment