Wednesday, June 23, 2010

Forum Mavi Marmara di Mutiara Rini


Satu majlis besar-besaran dengan tema "Perkongsian Pengalaman Tragedi Mavi Marmara dan Penderitaan Palestin" telah dilangsungkan di Padang Awam Presint Bakti bersebelahan Surau Jauharul Muttaqin pada malam 16 Jun 2010 selepas solat Isya'. Jemputan Khas bagi sesi tersebut ialah Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Pengerusi Aqsa Syarif, dan Dr Arbaai Shawal dari Haluan Palestin.

Dato' Timbalan Mufti Negeri Johor juga telah memberikan kata-kata aluan mewakili Dato' Mufti yang terpaksa pergi ke Putrajaya malam itu. Selain daripada itu, turut hadir bersama ialah YB Aziz Sapian, ADUN Nusajaya. Program yang meriah tersebut turut mempersembahkan dua nasyid oleh anak-anak qaryah surau, serta dua sajak mengenai Palestin.

Program anjuran JK Surau Jauharul Muttaqin dengan kerjasama Aqsa Syarif dan Haluan Palestin tersebut memperoleh tajaan besar oleh syarikat Teguhera Sdn Bhd.

Foto-foto lain majlis tersebut boleh dilihat di dalam dua album di:
http://lotfialfikri.multiply.com/photos/album/555
http://lotfialfikri.multiply.com/photos/album/556
Location: Surau Jauharul Muttaqin, Presint Bakti, Mutiara Rini

No comments:

Post a Comment