Monday, June 28, 2010

Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif

Aqsa Syarif ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah (BOT). Senarai 9 orang ahli BOT Aqsa Syarif adalah seperti berikut:

Ustaz Hasanuddin bin Mohd Yunus (Pengerusi)

Dr Zain bin Kandar

Dr Selamat bin Aliman

Hj Yusof bin Suratman

Dr Hafizi Mohd Nor

Hj Ahmad Shafiai bin Uda Jaafar

Dr Tengku Shahrom bin Tengku Shahdan

Dr Fauziah binti
Mohd Hasan

Hjh Syarifah Mahizah binti Syed A. Kadir

Kenali Masjid Al-Aqsa - Part 2

Al-Aqsa sebenarnya bukanlah hanya Dome of The Rock (bangunan berkubah emas). Al-Aqsa juga bukanlah hanya bangunan masjid yang berkubah hijau. Masjid yang berkubah hijau itu dipanggil al-Jami' al-Aqsa (Masjid Jamek al-Aqsa).

Al-Jami' (Masjid Jamek) membawa erti masjid itu digunakan untuk sembahyang jumaat. Orang Arab selalu menggunakan nama masjid untuk merujuk kepada rumah ibadat orang Islam, walaupun ia merujuk kepada tempat kecil seperti surau, ia tetap dipanggil masjid. Ada juga istilah lain yang mereka guna seperti musalla, dsb. Pointnya, jangan keliru dengan perkataan masjid, yakni ada kalanya ia merujuk kepada surau, musalla atau tempat solat yang tidak dibuat solat jumaat.

Kedua-dua bangunan 'al-Jami' ' dan 'Dome' itu, mengikut sejarah Islam, masih belum wujud ketika Nabi Muhammad s.a.w pergi ke situ dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj. Ketika Nabi s.a.w pergi pada waktu itu, tempatnya adalah lapang. Ia dikelilingi tembok (wall) sahaja. Kawasannya luas, lebih kurang 144 ekar.

Kedua-dua bangunan berkubah emas dan berkubah hijau ini dibina selepas Rasulullah wafat. Bangunan tempat solah Berkubah Hijau telah dibina oleh khalifah Umar Ibn Al-Khattab RA. Bangunan Berkubah Emas pula telah dibina oleh khalifah Abdul-Malik Ibn Marwan. Mengikut turutan masa: Rasulullah - Umar - Abdul Malik.

Kedua-dua bangunan ini berada dlm kawasan Masdij Al-Aqsa. Berbangunan atau tidak berbangunan, keseluruhan kawasan masjid berpagar yang dibina oleh Nabi Sulaiman ini (seperti ditandakan dengan garisan hijau dalam gambar di atas) adalah keseluruhan Masjid Al-Aqsa. Inilah maksud al-Masjid al-Aqsa yang disebut di dalam surah al-Isra ayat 1.

Jadi, di mana sahaja kita solat di dalam kawasan itu, samada dalam al-Jami' atau dalam Bangunan Berkubah Emas (Dome of The Rock), pahalanya sama, iaitu pahala mereka yang solat di al-Masjid al-Aqsa. Itulah yang disepakati oleh ulama' tafsir, ahli sejarah dan cendikiawan Islam. Maka mempertahankan Al-Aqsa mestilah bermakna mempertahankan keseluruhan kawasn berpagar itu.

Saturday, June 26, 2010

Ust Hasanuddin di KULIM Berhad


Johor Bahru, 26.6.2010 (Sabtu): Ceramah Palestine & Perkongsian Pengalaman Kapal Mavi Marmara telah diadakan di pejabat KULIM Berhad. Program yang bermula jam 10.30 pagi itu dianjurkan dengan kerjasama KULIM Berhad, Jawatankuasa Dakwah Ammah IKRAM Bandaraya Johor Bahru dan Aqsa Syarif. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus bertempat di Kompleks Sukan Ibu Pejabat KULIM Berhad, Ulu Tiram, Johor Bahru.

Selain ceramah, Ustaz juga telah mengadakan satu pembaharuan dalam penyampaiannya iaitu dengan mengadakan kuiz dengan para penonton. Sesi soal jawab juga mendapat respond yang cukup baik dari para hadirin.

Kutipan sebanyak RM 951 telah berjaya dikumpul untuk Tabung Aqsa Syarif dari kira-kira 70 orang “staff” KULIM Berhad yang hadir. Ustaz Rahim Sahlan juga memberitahu yang tabung akan diedarkan sekali lagi ke seluruh pekerja KULIM Berhad pada Isnin ini khususnya bagi mereka yang tidak dapat hadir & menyumbang pada hari ini. Terimakasih kepada Ustaz & semua yang terlibat

Gerai jualan barangan Aqsa Syarif juga mendapat sambutan menggalakkan.

Ceramah Palestin di MRSM Pontian

Jumaat, 26 Jun 2010: MRSM Pontian, Johor telah mengadakan ceramah Palestin kepada 750 orang pelajarnya. Ceramah turut disertai oleh Timbalan Pengetua dan gugu-guru. Ceramah diadakan di surau maktab berkenaan.

Ceramah yang bermula jam 8.30 malam itu telah disampaikan oleh Ust Dr Aminuddin Ruskam dari Aqsa Syarif. Ceramah telah dimulakan dengan sejarah Palestin yang berkisar kepada keluarga Nabi Ibrahim sehingga terhasilnya bangsa Yahudi. Ust Dr juga mengupas makna Yahudi, Isr4el dan Zionis. Perjuangan semasa termasuk peranan Aqsa Syarif juga diterangkan.

Gerai Aqsa Syarif juga dibuka. Coklat Aqsa Syraif menjadi barang rebutan sehingga telah habis terjual kesemuanya.




Friday, June 25, 2010

Kenali Masjid Al-Aqsa


Abdullah ibn umar bertanya pada Rasulullah SAW "Ya Rasulullah, terangkan kpd kami hukum menziarahi BaitulMaqdis. "Jawab Rasulullah SAW, Ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin (ziarah dan solat) maka kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid) – Sahih Bukhari

Jika membiayai pengurusan masjid manjadi tanggungjawab seluruh umat Islam apatah lagi tanggungjawab untuk membebaskannya dari penaklukan dan cengkaman musuh. Lantaran itu Sayidina Umar al Kahttab RA telah mengistiharkan Baitul Maqdis yang melengkari masjid al Aqsa sebagai tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman sebaik sahaja menerima kunci kota tersebut setalah ianya dibuka dan dibebaskan dari cengkaman kerajaan Rom timur (Byzantium).

Kenali Kami

PENGENALAN

Aqsa Syarif ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif mmemberi maksud "Masjid Aqsa yang Dimuliakan".

Aqsa Syarif ditadbir oleh 9 orang ahli Lembaga Pengarah dari pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya. Berganding bahu menyumbang tenaga dan fikiran untuk kebaikan Palestin dan dunia secara amnya. Aqsa Syarif mengharap dorongan dan sokongan dari para sukarelawan dan seluruh rakyat Malaysia.


VISI

Menjadi peneraju dalam memperkukuhkan perjuangan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin


MISI

Mengembling sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat mengembalikan hak rakyat Palestin dan Ummah


MOTTO

Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa


OBJEKTIF

1. Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia tentang isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.

2. Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

3. Memberi bantuan kewangan secara berterusan.

4. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan di luar negara.


AHLI LEMBAGA PENGARAH
  1. Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus (Pengerusi)
  2. Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar
  3. Dr Selamat Aliman
  4. Prof Madya Hj Yusof Suratman
  5. Dr Fauziah Hj Mohd Hasan
  6. Prof Madya Dr Hafizi Md Noor
  7. Hj Ahmad Shafiai Uda Jaafar
  8. Dr Tengku Shahrom Tengku Shahdan
  9. Hajah Syarifah Mahizah Syed A. Kadir

AKTIVITI AQSA SYARIF

Sejajar dengan misi Aqsa Syarif, pelbagai program dan projek sudah, sedang dan akan dilaksanakan. Di antaranya ialah memberi bantuan kemanusiaan melalui penghantaran bekalan makanan, perubatan dan keperluan pendidikan.

Aqsa Syarif berusaha mengumpul dana dari rakyat dan pelbagai agensi awam dan swasta di Malaysia dan menyalurkan kepada rakyat di bumi Palestin dan di kem-kem sementara di luar negara seperti di Beirut, Jordan dan Syria. Kesemua itu bermula dengan aktiviti Aqsa Syarif di seluruh Malaysia seperti melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan NGO seumpama melalui ceramah, penerbitan media dan aktiviti 'fund raising'.

Aqsa Syarif bertekad untuk terus membantu rakyat Palestin dengan motto "Memperkasakan Ummah, Membebaskan Al-Aqsa".


BEBERAPA MAKLUMAT PENTING

No Pendaftaran Syarikat: 729288P

Ibupejabat:
No. 18, Jln Damai Mewah 2,
Taman Damai Mewah,
43000 Kajang, Selangor.

Tel/Fax: 03 8737 2772
H/P: 013 744 4428
Email: admin@aqsasyarif.com

Akaun Bank (Maybank):
AQSA SYARIF BERHAD
5515 7500 4299

Thursday, June 24, 2010

Produk: Chocolate Almond


Ini adalah product coklat almond yang menjadi kegemaran mereka yang
pernah merasanya. Mudah di pegang dan amat mengasyikan meratahnya.
Don't miss it!! Makan coklat apa??? AQSA SYARIF!!

Produk: Kurma

Dapatkan produk AQSA SYARIF untuk seisi keluarga.

Kurma tangkai keluaran Tunisia. Kurma jenis Deglet Nour. Sedap dan lembut.

Top quality. Harga yang sangat berpatutan RM 15.00 sekotak. Siapa yang

dah rasa tentu tercari-cari lagi. Sesuai dimakan begitu sahaja. Lagi berpahala

kalau dimakan waktu buka puasa. Makan kurma apa?? AQSA SYARIF!!!

Produk: Milk chocolate

Dapatkan produk AQSA SYARIF untuk seisi keluarga.

Milk Chocolate. Rasa yang sedap dgn harga yang berpatutan.
Makan coklat apa??? AQSA SYARIF!!

Tauliah Anak Yatim Palestin

Kelebihan Anak Yatim Palestin

  1. Mereka anak syuhada' - ayah mereka mati syahid di medan jihad kerana Allah.
  2. Mereka membesar di bumi para nabi, bumi jihad, bumi penuh barakah .
  3. Mereka golongan teraniaya, ditindas oleh musuh Islam paling utama.
  4. Suasana pembesaran yang getir, membesar sebagai pejuang Islam.
  5. Bakal pejuang-pejuang Islam yang bersedia untuk syahid di jalan Allah.
Sesiapa yang membiayai pembesaran mereka tentu mempunyai keistimewaan di sisi Allah. Ikhlaskan niat kerana Allah, isilah borang pembiayaan anak yatim bumi Gaza.

Berkempen ke arahnya juga akan mendapat saham yang sama. Teruskan membantu mereka berjihad di bumi Gaza. Edarkan brochure dan terangkan penderitaan anak yatim Gaza kepada sesiapa sahaja.

Wednesday, June 23, 2010

Forum Tragedi Mavi Marmara di BBU


Satu Forum Tragedi Mavi Marmara telah diadakan di Masjid BBU selepas Jamaah 'Isya' pada 15 Jun 2010, hari Selasa malam Rabu. Panelis terdiri daripada Ust Hasanuddin Mohd Yunus, Pengerusi Aqsa Syarif, dan Dr Arba'ai Shawal, daripada Haluan Palestin. Forum telah dipengerusikan oleh Ust Mohd Hairozi Mohamad. Kira-kira 600 orang datang menghadiri forum ini. Aqsa Syarif juga telah membuat pameran Palestin dan membuka gerai jualan barang-barang bagi mengutip dana Palestin.

Forum Mavi Marmara di Mutiara Rini


Satu majlis besar-besaran dengan tema "Perkongsian Pengalaman Tragedi Mavi Marmara dan Penderitaan Palestin" telah dilangsungkan di Padang Awam Presint Bakti bersebelahan Surau Jauharul Muttaqin pada malam 16 Jun 2010 selepas solat Isya'. Jemputan Khas bagi sesi tersebut ialah Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Pengerusi Aqsa Syarif, dan Dr Arbaai Shawal dari Haluan Palestin.

Dato' Timbalan Mufti Negeri Johor juga telah memberikan kata-kata aluan mewakili Dato' Mufti yang terpaksa pergi ke Putrajaya malam itu. Selain daripada itu, turut hadir bersama ialah YB Aziz Sapian, ADUN Nusajaya. Program yang meriah tersebut turut mempersembahkan dua nasyid oleh anak-anak qaryah surau, serta dua sajak mengenai Palestin.

Program anjuran JK Surau Jauharul Muttaqin dengan kerjasama Aqsa Syarif dan Haluan Palestin tersebut memperoleh tajaan besar oleh syarikat Teguhera Sdn Bhd.

Foto-foto lain majlis tersebut boleh dilihat di dalam dua album di:
http://lotfialfikri.multiply.com/photos/album/555
http://lotfialfikri.multiply.com/photos/album/556
Location: Surau Jauharul Muttaqin, Presint Bakti, Mutiara Rini

Dialog "TRAGEDI MAVI MARMARA" di UTM


Alhamdulillah "Program Diskusi Mavi Marmara Bersama Wira Negara" baru sahaja selesai dijalankan di Dewan Senat, UTM Skudai.

Program turut dihadiri oleh TNC(A) Prof. Dr. Azraai Kassim, Pendaftar UTM, En Wan Mohd Zawawi Wan Abdul Rahman, Pengarah Hal Ehwal Koprat, Prof. Azlan Abdul Rahman serta pegawai2 kanan lain.

Tiga orang wira Mavi Marmara yang hadir adalah Ustaz Hasanuddin, Dr. Arba'ai dan Dr Syed Haleem.

Walaupun ramai yang bercuti (boleh di lihat dari bilangan kenderaan yang parking di Fakulti semenjak minggu lepas lagi yang lengang), Alhamdulillah program mendapat sambutan dan Dewan Senat hampir penuh.

Majlis bermula jam 9.30 pagi, para hadirin telah diberikan penerangan lengkap pengalaman yang dilalui oleh para wira Mavi Marmara serta saranan umat di Malaysia ini tentang tanggungjawab kita kepada umat Palestin.

Beberapa cadangan bernas bagaimana kita boleh membantu umat Palsetin juga telah lahir dari perbincangan tersebut. Antara yang paling menarik adalah sumbangan kepada Tabung Anak Yatim dan Keluarga Miskin melalui skim potongan gaji.

Beberapa Badan dan Pertubuhan dalam UTM sempat memberikan sedikit sumbangan kepada AQSA SYARIF dan HALUAN Palestin. Badan2 tersebut adalah;

Persatuan Kakitangan Akademik UTM RM 2,000.00
Badan Kebajikan Staf (BAKES) RM 500.00
WANGI RM 1,000.00
Persatuan Kakitangan Bukan Akademik (PEKABA) RM 500.00
Kesatuan Kakitangan Am (KKA) RM 500.00
Sumbangan dalam tabung edaran RM 2,000.00

JUMLAH BESAR RM 6,500.00

Kita telah berjanji akan memberikan sumbangan ini secara rata antara AQSA SYARIF dan HALUAN Palestin.

Wassalam,

ARMY
Pengerusi AQSA SYARIF Johor
16 Jun 2010

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog Aqsa Syarif Johor.

Blog ini disediakan untuk perkongsian maklumat berkaitan aktiviti Aqsa Syarif di seluruh negeri Johor. Semoga dengan perkongsian ini akan membolehkan kita semua mengetahui perkembangan semasa dan mendapat maklumat terkini Aqsa Syarif khususnya di negeri Johor dan seluruh Malaysia amnya.

Semoga Allah memberkati usaha kita bersama dalam perjuangan membebaskan masjid Al-Aqsa dari cengkaman Zionis.

Wassalam