Monday, July 5, 2010

Lapuran Larian Amal Gaza Part 2

Pada hari Ahad, 4/7/10, pameran dan gerai Aqsa Syarif sempena Larian Amal Untuk Gaza di sambung semula.

Lebih ramai sukarelawan telah datang membantu termasuklah remaja-remaja yang pulang bercuti dari pengajian di luar negara.

Pada hari kedua sahaja nilai jualan barangan Aqsa Syarif melebihi RM 5,000.00. Kutipan derma pula sebanyak RM 3179.00 + SD20.20.00.

Jumlah derma keseluruhan hari pertama dan kedua (3 & 4 Julai 2010) berjumlah RM 5,303 + SD 133.20 + 100,000 rupiah. Jumlah jualan pula melebihi RM 12,000.00.

Terimakasih kepada semua sukarelawan yang bersama membantu menjayakan projek amal Aqsa Syarif ini. Semoga ianya akan menjadi amal soleh yang diterima Allah swt.

Berikut beberapa gambar suasana di hari ke dua.


Masyarakat dapat memahami dan lebih mendekati isu Palestin
melalui pameran poster dan tayangan video.

Para pengunjung tidak melepaskan peluang memahami isu Palestin.
.
Setiap pengunjung yang datang dilayan oleh sukarelawan dengan baik.
Ini menjadi antara faktor kejayaan pameran dan jualan barangan Aqsa Syarif.
Haji Tahir menerangkan projek pembayaan anak yatim dan org miskin Palestin.

Semangat sukarelawan dan kemesraan mereka memudahkan
orang ramai mendekati gerai Aqsa Syarif.

Aqsa Syarif menghargai setiap pengunjung yang datang.
Saif Jamaludin sedang memberi penerangan berkaitan produk
Aqsa Syarif kepada seorang pengunjung.

3 comments:

  1. Assalamualaikum

    TAHNIAH! Kacak-kacak sukarelawan yang bertugas tu.. tak kira tua muda.....

    Tak nampak akhawat dan muslimat sukarelawan AQSA SYARIF?

    Pengerusi AQSA SYARIF
    Ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM
    AJK Darussifa' N Johor

    ReplyDelete
  2. Akhawat ada ustaz. Especially remaja. Cuma bilangannya terhad.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah program berjalan dgn baik...Semoga Allah swt jua yg dapat membalas jasa2 mrk yg terlibat membantu Aqsa Syarif..Terima kasih juga kepada rakan baik dan course mate masa di UTM yg menjadi Penyelaras Program Larian Amal tersebut EN Mohd. Nazri Jamiran UDA HOLDINGS di atas kejayaan menganjurkan program tersebut. Diharapkan kerjasama yg erat antara UDA HOLDINGS dan AQSA SYARIF dpt diteruskan di masa-masa akan dtg...blm ada rezeki jd sukarelawan di sana membantu di belakang tabir aje...

    SITI SUHAILAH TASMON

    ReplyDelete